Buletin V Smat edisi 6 Tahun 2019 telah berjaya diterbitkan. Kandungan utama buletin ini ialah ringkasan aktiviti-aktiviti dalam kolej dan kejayaan para pelajar sepanjang tahun. Tahniah dan syabas kepada JK Buletin. Nantikan buletin siri 7 yang bakal diterbitkan hujung tahun ini.
0 Comments
Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga kolej. Semoga tahun ini membawa lebih banyak produktiviti dan kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat dan Negara.
SEBUT HARGA TENDER BAGI PERKHIDMATAN MENCUCI BANGUNAN DAN MEMBERSIH KAWASAN KOLEJ
TARIKH LAWATAN TAPAK 19HB NOVEMBER 2014 (RABU) MASA LAWATAN TAPAK JAM 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI DOKUMEN SEBUTHARGA BOLEH DIPEROLEHI KETIKA LAWATAN TAPAK. SYARIKAT YANG TIDAK MENGHADIRI LAWATAN TAPAK TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL DOKUMEN SEBUT HARGA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI EN. FAIZ 07-9433103 28 JAN 2014 SELASA, Penglibatan pelajar elektrik dalam pengubahsuaian makmal komputer autoCAD sangat membantu pihak sekolah. Menurut kata Hj. Semail , pendawaian dapat menjimat kos sebanyak RM1000 daripada RM2500. Ia juga dapat membantu pelajar tentang pendawaian 3fasa yang baru belajar oleh pelajar KOHORT 1 Tahun 2 Sem 3 ini. Pendawaian ini dapat disiapkan dalam masa 5jam sahaja.
28 JAN 2014 SELASA , Pensyarah- pensyarah dan pelajar kursus elektrik telah mengadakan sebuah jamuan yang meriah untuk menyambut kedatangan pelajar elektrik KOHORT 2 di Bengkel Elektrik 2. Turut dijemput Tn Hj Madzub Bin Arshad dan Tn Hj Zabidi Bin Badrus. Jamuan ini telah dirancang oleh guru bengkel elektrik sejak tahun lepas. Harapan guru- guru elektrik jamuan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara guru dan pelajar. Akhir kata, sebagai pengajar dan pelajar kita haruslah berdiri teguh di bawah satu bumbung. Bersatu itu teguh bercerai itu roboh.
Khamis, 16 Januari 2014 Bicara ilmu yang pertama tahun ini berjaya dilaksanakan dengan penceramah jemputan dari PPDS, En Mohd Haris (Pengurus Qualiti). Beliau menunjukkan teknik-teknik pencerapan dan penilaian PdP yang betul dan tepat agar kecemerlangan dan standard PdP dipertingkatkan dari masa ke semasa. 15.1.2014 Rabu. Bermula jam 9.00 malam, aktiviti riadah badminton Kelab Tenaga Pengajar dan Staf KVS mengambil tempat di Dewan Arkitek. Program ini dihadiri oleh pensyarah KVS antaranya En. Azalan, En Osman, En Faruq, En. Sa'ari dan En. Hairulamir. Selain itu, guru-guru dari sekolah sekitar juga turut hadir. En. Luqman, anak kepada Pengarah KV juga turut hadir memeriahkan suasana. Program berakhir jam 11.00mlm.
|
TERKINI
1. Konvokesyen KV ke-4 2. KV Skills 3. Pentaksiran Akhir WARTAWANPelajar BrigetICT merupakan jurugambar dan wartawan kolej yang mengumpul pelbagai peristiwa berlaku di kolej. PILIH KATEGORI
All
KEJAYAAN
|