Tahniah kepada pasukan-pasukan sukan dan permainan KV Segamat ke atas kejayaan masing-masing. Pasukan bola sepak berjaya mendapat Naib Johan MSSD Segamat. Pasukan Ragbi mendapat Johan MSSD Segamat dan pasukan hoki mendapat Naib Johan MSSD Segamat. Acara balapan dan padang MSSD Segamat pula, KV Segamat berjaya mendapat 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa. 12 JULAI 2012, KHAMIS Kejohanan balapan dan padang kali ke-19 telah berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada Rumah Kuning/Alza yang akhirnya muncul sebagai juara pada tahun ini. Naib juara jatuh kepada Rumah Hijau/Exora, tempat ketiga ialah Rumah Biru/Inspira dan tempat keempat ialah Rumah Merah/Persona. Tahniah kepada semua yang menjayakan kejohanan pada tahun ini. Syabas... 10 JULAI 2012, SELASA. Senamrobik Serentak 1M1S 1Malaysia telah berjalan dengan lancar. Seawal 7.15 pagi sesi pendaftaran para pelajar dan guru-guru dilaksanakan. Bacaan doa diikuti selepas itu dan Tuan Pengetua Cemerlang memberi ucapan dan seterusnya merasmikan senamrobik. Acara senamrobik berjaya dilaksanakn selama 35 minit tanpa sebarang masalah. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini. This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar. 20 APRIL 2012, JUMAAT Karnival tahun ini telah diadakan di SMV dan SMT sekitar Johor Bharu. SMV Segamat telah berjaya menjadi juara pertandingan ragbi sementara sukan yang lain telah kalah. Pertandingan lain yang turut diadakan ialah bolasepak, bahas bahasa inggeris, sepak takraw, bola jaring dan sofbol. |
TERKINI
1. Konvokesyen KV ke-4 2. KV Skills 3. Pentaksiran Akhir WARTAWANPelajar BrigetICT merupakan jurugambar dan wartawan kolej yang mengumpul pelbagai peristiwa berlaku di kolej. PILIH KATEGORI
All
KEJAYAAN
|