5S di smv segamat
5S AKTIF. SEKOLAH KONDUSIF
Pelancaran 5S akan diadakan di Dewan Arkitek pada hari Jumaat bersamaan 6 Januari 2012.
5S telah mula dilaksanakan di sekolah pada pertengahan tahun 2011. Bengkel-bengkel merupakan tempat pertama untuk pelaksaan ini. Tempat-tempat lain yang akan turut serta dalam pelaksanaan 5S ialah kelas, pejabat, perpustakaan, bilik guru, bilik ketua bidang, stor sukan dan bilik-bilik khas.
Elemen-elemen utama 5S ialah Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Dengan pelaksaan 5S di sekolah, harapan utama ialah sekolah menjadi lebih kondusif jika 5S aktif.
APA ITU 5S DALAM AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI?
SISIH (SEIRI)
Mengasingkan barang-barang yang diperlukan dan barang-barang yang tidak diperlukan untuk dibuang.
SUSUN (SEITON)
Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
SAPU (SEISO)
Membersihkan tempat kerja dengan rapi untuk menghilangkan sampah, habuk, minyak dan kekotoran di lantai, mesin dan perkakasan setiap masa.
SERAGAM (SEIKETSU)
Memelihara taraf penjagaan yang rapi terhadap kebersihan dan penyusunan tempat kerja pada setiap masa.
SENTIASA AMAL (SHITSUKE)
Melatih pekerja dan pelajar mematuhi peraturan dan membudayakan amalan penjagaan kebersihan yang terbaik.

POLISI
Memberi penuh komitmen dan melaksanakan prinsip amalan 5S di tempat kerja berpasukan (teamwork) dan disiplin diri (self discipline) untuk mencapai perkhidmatan yang berkualiti dan produktiviti tahap tinggi
OBJEKTIF 5S
1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, kemas, selamat dan kondusif.
2. Menggalakkan amalan kerja yang lebih sistematik dan produktif.
3. Meningkatkan kualiti, produktiviti dan profesionalisme dalam kalangan warga sekolah.
4. Memupuk kerjasama dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga sekolah.
5. Memastikan produk dan perkhidmatan disampaikan kepada pelanggan dengan lebih efisien.

lagu 5s smv segamat
Tajuk : Persekitaran Berkualiti
Lagu & Lirik : En. Hairulamir Bin Ahmad
Kita bekerja, dalam Persekitaran
Berkualiti, jadi amalan kami
Sisih susun, juga sapu seragam
Sentiasa amal, lima teras dibekal.
5S aktif, sekolah kondusif
Kerjasama menggapai objektif
Chorus :
SMV Segamat, kini semangat
Bina matlamat, persekitaran selamat
Khidmat berkualiti, dan produktiviti tinggi
Teras 5S, SMV Segamat