Selasa, 3 Julai 2012. Tahniah kepada guru-guru dan kakitangan sekolah yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun 2011. Mereka ialah Pn Seripah Zaharah Bt Syed Alwi, Tn Hj Mustaffa Kamal B Ismail, En Burhanuddin B Yahya, En Amiruddin B Nordin, En Fadzil B Hussen, Pn Rozita Bt Separi, En Norazmi B Jumadi, En Zaini B Abdullah dan Cik Hjh Fadzilah Bt Wan Yusof. Semoga kecemerlangan mereka menjadi panduan dan galakan kepada semua untuk lebih gemilang pada masa hadapan......
0 Comments
This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar. 16 Mei 2012 Rabu Sambutan Hari Guru tahun ini ringkas tetapi meriah. Perhimpunan pagi diadakan di Dewan Arkitek. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan perutusan sambutan hari guru dan ucapan tuan pengetua. Bacaan ikrar guru dan nyanyian lagu guru malaysia menghangatkan suasana di dewan. Tayangan multimedia dan persembahan pelajar menjadi tarikan utama sepanjang majlis. Pelajar-pelajar terhibur dengan aksi menarik guru-guru dalam pertandingan petanque dan jaringan gol futsal. Selamat Hari Guru... This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar. 14 APRIL 2012, SABTU En. Ahmad Fozi Bin Sarip telah meninggal dunia pagi tadi selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya. Semua warga SM Vokasional Segamat berasa sedih atas kehilangan dan pemergian allahyarham ke rahmahtullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah... PENGUMUMAN BERKAITAN PELARASAN PENCEN (SBPA)
Oleh kerana beberapa keperluan berkaitan dengan sifir pemindahan gaji, dengan ini dimaklumkan bahawa urusan penyelarasan pencen secara berperingkat yang telah dimulakan sejak Januari 2012 dijangka akan berterusan sehingga hujung bulan April 2012 nanti. Bagi sebarang penjelasan lanjut, sila hubungi talian 03-88854420, 88854421, 88854424 atau 88854438. Terima kasih. Dato' Yeow Chin Kiong Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan * dipetik dari laman web JPA. This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar. 24 Feb 2012 Mesyuarat kali ini adalah yang pertama untuk tahun ini. Ibu bapa dan guru-guru berbincang isu-isu pelajar, melantik AJK baru dan sesi konsultasi pelajar tingkatan 5. Tahniah kepada ramai ibu bapa yang hadir untuk bermesyuarat bersama guru-guru. Batu Pahat 11 Feb 2012 Majlis Konsolidasi Zon Selatan ini telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn dan dihadiri oleh warga teknik dan vokasional negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Agenda utama ialah bicara pemimpin oleh YB Dr Hj Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran II, penerangan dasar-dasar KPM dan sesi soal jawab transformasi pendidikan vokasional. Kpm akan menggantikan SchoolNet (ditamatkan pada 31.12.2011) kepada 1 BestariNet mulai 01.01.2012 bermula secara berfasa 31.02.2012 1 BestariNet akan dilaksanakan di 10,000 buah sekolah. 1 BestariNet ini mengandungi Aplikasi SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) dan SPP (Sistem Pengurusan Pembelajaran / Learning Management System - LMS). Oleh itu semua sekolah dinasihatkan bersedia menerima pelaksanaan 1 BestariNet ini. Kegagalan sekolah melaksanakan SPS / SPP ini, boleh menyebabkan Tindakan Tatatertib dikenakan dan integriti sekolah jatuh serta diketahui seluruh Malaysia. Untuk mencuba aplikasi SPS, sila layari http://sps.tmsasia.com/ menggunakan : ID : btp123 & password : 123 Di bawah ini adalah contoh website selaras yang menggunakan Aplikasi SPS di SMK VICTORIA.
Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian. Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan tindakan. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti LDP secara schoolbased. Maklumat lanjut pelaksanaan sila email [email protected] atau berjumpa dengan Encik Hairulamir Bin Ahmad
Arahan kepada peserta kursus LDP secara atas talian : 1. Sila isikan borang pendaftaran kursus. 2. Mulakan kursus atas talian. 3. Tamat kursus 4. Email Pelan Tindakan yang dihasilkan dan maklumat peserta ke [email protected] # Sijil akan dihantar selepas BPG mendapat Pelan Pengajaran yang dihasilkan oleh peserta # |
TERKINI
1. Konvokesyen KV ke-4 2. KV Skills 3. Pentaksiran Akhir WARTAWANPelajar BrigetICT merupakan jurugambar dan wartawan kolej yang mengumpul pelbagai peristiwa berlaku di kolej. PILIH KATEGORI
All
KEJAYAAN
|