8 FEBRUARI 2013, JUMAAT Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya. Sambutan dimulakan dengan perarakan sepanduk dari wakil kelas-kelas. Selepas itu ceramah diadakan di dalam surau kolej selama 1 jam. Jamuan makan tengahari disajikan untuk semua warga kolej sebelum majlis sambutan berakhir. ISNIN, 21 JAN 2013 Hari pendaftaran Kolej Vokasional Segamat Tahun1 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Pelajar-pelajar baru telah tiba di KV Segamat seawal 8.00 pg. Pendaftaran kelas, kokurikulum dan taklimat Ketua Pengarah telah diadakan di Dewan Arkitek. Selepas itu, pendaftaran asrama telah diadakan di Dewan Seri Puteri dan juga pembayaran koperasi. Pada sebelah petang, pelajar-pelajar baru berurusan dengan guru kelas dan urusan asrama pada malam pula. Minggu orientasi pelajar baru ini akan berjalan selama seminggu. Selamat Datang kepada para pelajar KV Tahun 1 2013..... |
TERKINI
1. Konvokesyen KV ke-4 2. KV Skills 3. Pentaksiran Akhir WARTAWANPelajar BrigetICT merupakan jurugambar dan wartawan kolej yang mengumpul pelbagai peristiwa berlaku di kolej. PILIH KATEGORI
All
KEJAYAAN
|