3 JULAI 2013, RABU Tahniah dan syabas kepada guru-guru dan staf sekolah yang berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun 2012. Penerima APC 2012 ialah Tn Hj Mahdzub Bin Arshad, En Affandi Bin Masturi, En Anuar Bin Abas, En Hairulamir Bin Ahmad, Pn Juliana Bt Mohamed, Pn Rumazah Bt Abdullah, Pn Romy Yushida Bt Ismail, Pn Chong Mee Fong dan En Mazlan Bin Mohd Jamuin.
0 Comments
26 JUN 2013, RABU Para pelajar KV Segamat telah didedahkan dengan satu taklimat dan ceramah khas oleh TTPM, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Penceramah ialah Pn Norsiah Bt Mohd Afandi. Objektif utama taklimat ini ialah pendedahan awal dan khusus mengenai hak-hak kita sebagai seorang pengguna. Ketahuilah hak-hak kita sebagai seorang pengguna yang bijak agar tidak mudah tertipu oleh pihak penjual. 19 JUN 2013, RABU Pasukan Inovasi KV Segamat telah berjaya mendapat johan pada tahun ini dengan ciptaan Portable Purifier Bottle. Tempat kedua pula dimenangi oleh KV Perdagangan JB dengan inovasi Poison Wiggler Indicator 2 dan tempat ketiga dimenangi oleh KV Batu Pahat dengan hasil BP Water Saver. Tahniah dan syabas kepada semua. 12-13 JUN 2013 RABU-KHAMIS Kem ini sangat meletihkan tetapi amat seronok dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah kawad kaki, masakan rimba, mengharungi halangan, persembahan budaya dan pertolongan cemas. Kem ini dirancang khas untuk pelajar-pelajar Diploma Vokasional Tahun 1 supaya tabah dan berani mengharungi pelbagai masalah dan rintangan dalam kehidupan. Tahniah dan syabas kepada semua... Tahniah kepada pasukan-pasukan sukan dan permainan KV Segamat ke atas kejayaan masing-masing. Pasukan bola sepak berjaya mendapat Naib Johan MSSD Segamat. Pasukan Ragbi mendapat Johan MSSD Segamat dan pasukan hoki mendapat Naib Johan MSSD Segamat. Acara balapan dan padang MSSD Segamat pula, KV Segamat berjaya mendapat 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa. |
TERKINI
1. Konvokesyen KV ke-4 2. KV Skills 3. Pentaksiran Akhir WARTAWANPelajar BrigetICT merupakan jurugambar dan wartawan kolej yang mengumpul pelbagai peristiwa berlaku di kolej. PILIH KATEGORI
All
KEJAYAAN
|