Tahniah kepada pasukan-pasukan sukan dan permainan KV Segamat ke atas kejayaan masing-masing. Pasukan bola sepak berjaya mendapat Naib Johan MSSD Segamat. Pasukan Ragbi mendapat Johan MSSD Segamat dan pasukan hoki mendapat Naib Johan MSSD Segamat. Acara balapan dan padang MSSD Segamat pula, KV Segamat berjaya mendapat 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.
0 Comments
8 FEBRUARI 2013, JUMAAT Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya. Sambutan dimulakan dengan perarakan sepanduk dari wakil kelas-kelas. Selepas itu ceramah diadakan di dalam surau kolej selama 1 jam. Jamuan makan tengahari disajikan untuk semua warga kolej sebelum majlis sambutan berakhir. ISNIN, 21 JAN 2013 Hari pendaftaran Kolej Vokasional Segamat Tahun1 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Pelajar-pelajar baru telah tiba di KV Segamat seawal 8.00 pg. Pendaftaran kelas, kokurikulum dan taklimat Ketua Pengarah telah diadakan di Dewan Arkitek. Selepas itu, pendaftaran asrama telah diadakan di Dewan Seri Puteri dan juga pembayaran koperasi. Pada sebelah petang, pelajar-pelajar baru berurusan dengan guru kelas dan urusan asrama pada malam pula. Minggu orientasi pelajar baru ini akan berjalan selama seminggu. Selamat Datang kepada para pelajar KV Tahun 1 2013..... Khamis, 10 Januari 2013 Ketua-ketua unit bengkel telah berjaya membuat lawatan khas ini di KV Alor Gajah, Melaka. Tujuan utama lawatan ini ialah untuk mempelajari selok-belok pentadbiran bengkel yang telah dilaksanakan oleh KV perintis. Lawatan sehari ini banyak memberi pengetahuan dan idea-idea kepada guru-guru untuk perlaksanaan yang lebih berkesan dan mantap di KV Segamat nanti. Selasa, 8 Januari 2013 Program reorentasi tingkatan 5 telah diadakan sebagai acara tahunan. Tujuan utama program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar akan halatuju mereka dan tanggungjawab pelajar semasa di sekolah. Harapan sekolah ialah agar mereka menjadi pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan memperoleh kejayaan SPM pada tahun 2013 ini. |
TERKINI
1. Konvokesyen KV ke-4 2. KV Skills 3. Pentaksiran Akhir WARTAWANPelajar BrigetICT merupakan jurugambar dan wartawan kolej yang mengumpul pelbagai peristiwa berlaku di kolej. PILIH KATEGORI
All
KEJAYAAN
|